Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun ditemui sedang duduk di anak sungai sambil menenggak air ditangannya untuk diminum selepas tiga hari dilaporkan hilang di kawasan hutan di Australia.<br />Operasi pencarian Anthony "Aj" Elfalak yang melibatkan ratusan anggota keselamatan, digerakkan pada Jumaat selepas dia dilaporkan hilang dari kawasan rumah keluarganya berdekatan Kampung Putty di utara Sydney.